Nuffnang Ads

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Assalamualaikum.....ada yang masih belum tidur ka? haa..entri buat tengah malam la ni kalau dah tanya pasal belum tidur...ni saya masuk sorang blogger dari Labuan...dia buat Giveaway tau...tujuannya untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada bloggers satu Malaysia ni... bagus juga ni...okay, dah jom kita start! 😄

Kalau tengok dalam blog aku ni, nama Beba Ifa, ramai kawan panggil Beba...walaupun nama sebenar Nurul Afifah..jauh sangat terpesong nama tu dari nama asal...tapi nama samaran ni ada kisahnya dari mana munculnya...ni zaman cerita Sepanyol kat TV3 tu mula popular masa umur awal 2000...keminatan arwah mama aku juga..hehe..masa tu aku baru darjah berapa..hmm..🤔 haaaaa, darjah 4...masa tu famous cerita telenovela Sepanyol..salah satunya cerita Mis Tres Hermanas..Kisah 3 beradik...geng kat kelas dulu pun minat cerita ni, masing2 pilih watak dorang suka, termasuklah aku pilih yang adik bongsu dalam 3 sisters tu nama dia Beba...tau2, melekat sampai hari ni nama tuuuu...adeh..cerita pasal nama saja dah panjang lebar...

Okay, lahir pada 3 Januari 1993...maka sekarang sudah 24 tahun...anak kelahiran Dusun Tambunan..menetap di Sembulan dan sekarang baru saja menamatkan zaman kampus di UiTM Sabah dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan...mula berjinak-jinak dalam dunia blogging dari tingkatan 4..masa tu baru tahun 2009..blog lama..masih dikekalkan cuma tidak dikemaskini...yang sekarang ni adalah blog ke-3 dibuka pada tahun 2014...ceh, macam buka company pula..haha..

kenapa blogging? ini adalah saranan dari ayah sendiri atas dasar melihat aku yang suka menulis sesuatu...betul...zaman aku mula blogging, memang tiada laptop/computer..selalu pinjam ayah punya laptop, atau pegi cyber cafe sebab masa tu masih zaman Friendster...hahahaha...(kaitannya?)
aku selalu join contest penulisan karangan di sekolah...asal ada pertandingan? ikut saja...kalau kalah belakang kira..haha...

sebab minat menulis, lalu membuka blog...blog aku jadikan sebagai diari online yang tidak akan hilang melainkan kita sendiri padam...aku suka menceritakan perihal diri, keluarga, kawan-kawan dan apa saja perkara yang aku rasa menarik dalam pemerhatian aku...sebab satu hal tentang aku ni, kadang-kadang aku lupa kisah-kisah lalu zaman kecil dan zaman sekolah..lalu, aku menulis dalam blog supaya menjadi rujukan aku sendiri agar ada sesuatu untuk dikenang nanti :)

p/s: terima kasih Kak Sofie kerana membuat segmen ni
sebab setiap blogger ada kisah masing-masing untuk dikongsi :) 

Untuk menyertai Segmen ini,

14 comments:

  1. Replies
    1. Boleh tengok kat sini senarai peserta untuk blogwalking dan berkenalan - http://www.sofinahlamudin.com/p/peserta-segmen-suai-kenal-bloggers.html

      Delete
  2. salam kenal Beba..sama baya anak Umi yg sulung ni..

    http://umifuzy.com/

    ReplyDelete
  3. zaman friendster tu blog tak banyak, nak create blog pun pening-pening lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tambah2 lagi blog masi belum famous..hehe

      Delete
  4. Assalamualaikum Beba, salam perkenalan daripada akak..😊Nama awak nie hampir sama dengan nama adik bongsu akak, Wan Nurul Afifa.. hihi..wah awak minat jugak telenovela mis tres hermanas tue yea, akak pun memang minat giler telenovela tue terutama watak Lisa..anyway akak pun dah join segmen nie..


    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/09/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak 😊 waaah..ni mesti minat drama sepanyol dulu tu kan... thank you for drop by..sampaikan salam dekat adik bongsu akak ya..

      Delete
  5. Assalamualaikum Beba, salam perkenalan daripada akak..😊Nama awak nie hampir sama dengan nama adik bongsu akak, Wan Nurul Afifa.. hihi..wah awak minat jugak telenovela mis tres hermanas tue yea, akak pun memang minat giler telenovela tue terutama watak Lisa..anyway akak pun dah join segmen nie..


    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/09/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete
  6. Hai Beba, selamat berkenalan :)

    http://www.azhafizah.com/2017/09/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete
  7. hai beba ,,CCL datang follow sini .salam pekenalan
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/09/lakarkan-kreativiti-anda-diatas-sehelai.html

    ReplyDelete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads