Nuffnang Ads

Keajaiban seorang ibu...

Assalamualaikum...hari ni dah masuk puasa yang ke 13...alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ni...yeay!

Masa bulan puasa ni mesti ibu-ibu di luar sana sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa dan tidak kurang juga yang sedang membakar biskut raya...hehe semangat mau raya ka? Menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa juga adalah ibadah...namun berpada-pada agar tidak membazir makanan tu...

Masa bulan Ramadhan ni aku selalu teringatkan arwah mama aku yang bertungkus-lumus macam tu...aku berfikir macam mana mama boleh istiqamah dalam menyediakan segala keperluan kami sekeluarga....macam miracle bah...sebab selama 4 tahun mama dah tinggalkan kami...masa ni baru aku rasa pening kepala sangat mau fikir apa lagi mau masak? bila dah habis bahan mentah, kena pergi pasar pula...dulu selalu aku jadi pembantu mama saja...ikut saja apa yang disuruh..jadi aku x la perlu berfikir...tapi bila aku yang hadapi sekarang, rasa sesak dada ni...

Seorang ibu, dialah kena masak, basuh kain, cuci kain, lipat kain, kemas rumah, basuh tandas, seterika baju semua tu..ni baru hal kecil..belum hal yang besar2 bila dia mula mengurus segala kewangan di rumah dengan bantuan papa aku...walaupun begitu, aku selalu tengok mama sangat teliti dengan bajet rumah...bayar segala bil, yuran sekolah, belanja anak-anak....mama juga bekerja...dia seorang guru di sekolah menengah...terus terang, bila aku dah masuk umur 22 ni aku sedar sangat2 jadi ibu ni sangat susah.....apa lagi kalau anaknya ada 5 orang yang lain macam perangai masing2 kan...kalau seorang ibu tu dah buat yang terbaik untuk keluarganya, tapi anak-anak pula buat x endah akan jasanya...mungkin adik-adik aku masa tu masih kecil...maka mereka membesar dengan kurangnya kasih sayang dari seorang ibu....

#Dengan zaman canggih lagi semua menghadap smartphone...
makin kurang komunikasi.....
sedih...

Friends,they come and go..

Assalamualaikum...salam ramadhan hari ketiga...kalau sekarang kat Sabah,dah subuh ni dari jam 4.39 pagi tadi..kepada kawan2 yg berada di semenanjung tu selamat bersahur...

Mood aku dari semalam masih x berapa bagus..sebabnya?kurang pasti... hmm, apakah dia maksud kawan baik? Bermula aku sekolah menengah,sampailah sekarang,kawan yg rapat dengan aku memang sentiasa berubah-ubah.. cuma aku yg masih kekal di situ...ada kawan yg satu kelas dgn aku,rapat..tapi bila dia pindah,terus lost contact..maka aku, bseoranganlah lg..lepas tu ada kawan baru yg ada geng sendiri...aku ikut2 ja menyampuk kdg2 tu..mcm melukut tepi gantang pula kn..haha tp tu la hakikatnya yg berlaku pada aku dan berterusan berlaku sampai aku masuk universiti... kawan perempuan tu ramai,tapi kadang2 ada yang cari aku bila perlu saja...bila ada masalah,baru tanya aku...begitu juga bila dah grad diploma..bukan aku takut mau berkawan..tapi bila mencari kawan yang betul ada waktu senang dan susah tu memang tiada...realitinya? Berdikari...dari dulu aku terbiasa begitu,boleh jalan sorang2,makan sorang2,pegi berurusan kat pejabat pun sorang2...kenapa aku x bawa kawan?sbb aku yg x mau bebankn diorang...mungkin aku terlalu menetapkan pendirian dari dulu masa sek menengah..pendirian aku tu,masa aku x ada kawan,aku mau nangis pun x ada guna..last2,aku ckp dgn diri aku "kalau kau dah x ada kawan,jangan risau..kau masih ada diri kau,sebab bila dah meninggal,kau dalam kubur pun akan tinggal kseorangan juga tanpa kawan.." sedih juga la fikir balik,apasal la aku ckp gitu dengan diri aku??adeh...memang kesian dan simpati dengan diri sendiri...kerana itu jugalah,aku lebih tumpukan perhatian pada keluarga aku...agak2 siapalah yang akan datang kenduri kahwin aku nanti kan? Ada juga ka kawan yang mau datang kalau aku jemput?hmm,takut pula x dtg,jd aku buat kecil-kecilan saja la..hehehe..

Mungkin apa yg terjadi dengan aku ni pun atas sikap aku yang suka jadi silent readers...jarang buka mulut bertanya khabar....hanya sekadar tengok insta,fb, n moments kawan2...sehinggakan aku terlepas pandang kawan aku sorang yang masuk hospital baru2 ni...bila aku taip komen di instagram dia,x pula dia reply..huhuhu tau2 kawan lama aku dah duluan melawat dia di hospital...aku rasa aku perlu pm dia la untuk tanya khabar...tu yang terbaik..haha bagus juga meluah kat blog ni,dah mcm menyelesaikan masalah sendiri pula...
Okbai.

Kahwin muda? Vs Kahwin tua?


wow...tajuk tu..ish3....
sebelum tu...saya ucapkan selamat menyambut bulan mulia, bulan Ramadhan....alhamdulillah masih diberi peluang untuk menjalankan ibadah puasa tahun ini...moga2 kita mendapat berkat dan pahala yang melimpah ruah...insyaaAllah...

(gunakan "aku" kerana lebih selesa dengan membahasakan diri sebegitu..hehe chill k..)
sebenarnya x sesuai untuk aku cakap pasal alam perkahwinan sebab aku ni belum berkahwin...cuma ada keinginan untuk berkahwin tetapi timbul banyak persoalan..sebab tu aku belum kahwin....persoalan tu sebenarnya kekangan untuk berkahwin, belum mendapat jawapan yang sempurna....contoh? hmm...dalam banyak2 cerita yang aku baca dan dengar, semua tentang kisah proses berkahwin...x ada pula cerita yang selepas berkahwin...tambah2 lagi cerita kahwin muda yang masih belum habis belajar....memang sangat2 digalakkan kahwin muda untuk mengelak dari maksiat...dan selepas kahwin, adalah tanggungjawab si suami memberi nafkah kepada isteri....satu hal yang besar dalam fikiran aku..bagaimana si suami menampung perbelanjaan keluarga sedangkan dia masih belajar dan belum mempunyai pekerjaan? adakah ibu bapa yang masih menampung perbelanjaan mereka seharian?hmm....keep thinking...

#okey...x mau tulis panjang sangat...cuma itu yang bermain di fikiran...sekarang ni....

"Kami merasa gegarannya!" -Sabah

Assalamualaikum....Salam Jumaat...
Pagi tadi Sabah digemparkan dengan gempa bumi di bahagian daerah Ranau, Sabah...di mana terletaknya Gunung Kinabalu...
Kalau tengok screenshot di bawah ni, mencecah 6.0 skala Richter...
sangat tinggi berbanding negara lain...
Rakan2 dan saudara mara yang berada di Ranau memberitahu selepas gegaran tadi, mereka masih lagi mengalami gegaran kecil susulan dari gempa bumi pada jam 7.15 pagi tadi..

Terus terang, beberapa daerah di Sabah turut terkena gegaran tu...aku tinggal di Kota Kinabalu...kalau jarak dari KK ke Ranau tu mengambil masa anggaran 2 jam setengah untuk sampai ke sana dengan kereta...awal pagi tadi, aku masih di bilik, nampak katil bergoyang-goyang seolah-olah ada yang menggoyangkan katil tu....aku sangka kucing aku yang mencakar-cakar katil tu..bila bapa aku masuk bilik dan tegur pasal gegaran tu, terus aku terkejut....okey...memang betul sedang ada gegaran....cek whatsapp pula banyak notification masuk...ramai kawan tanya2...semua pun rasa gegaran tu...huhuhu

#Semoga segala tugas menyelamat penduduk dan pelancong yang terperangkap di Gunung Kinabalu berjalan dengan lancar....
Diharap tidak ada pihak yang menyebarkan berita palsu tentang keretakan jalanraya yang teruk atau gambar berita2 yang kurang pasti akan kesahihannya...

Nuffnang Ads